Friday, March 03, 2006

ADIK BARU



Pada 22 Februari 2006, aku akhirnya dapat adik perempuan yang dinanti-nantikan. Aku dan Amirul terlalu gembira kerana Ibu dan adik sihat. Adik dilahirkan pukul 11 pagi, waktu aku masih di sekolah. Petang itu kami ponteng sekolah agama kerana tak sabar-sabar nak berjumpa adik dan ibu di Selangor Medical Centre. Pada lewat petang, ibu long dan ayah long pulak datang melawat ibu dan adik. Lepas maghrib, Cik Mah, Cik Lan, Hana dan Nenek pulak sampai. Nenek gembira melihat cucunya yang ke 14. Semua orang gembira kerana adik di lahirkan sihat. Kawan-kawan ibu juga datang pada malam itu. Pagi esoknya, Tok dan Wan datang dari kampung untuk melihat cucu mereka dan untuk membantu ibu menjaga adik. Di sekolah, ramai guru yang kenal ibu mengucapkan tahniah kepada aku kerana dapat adik perempuan. Kawan-kawan sibuk nak tahu nama adik baru aku. Ibu dan Ayah masih tak tahu nak beri nama apa pada adik. Macam-macam nama yang dicadangkan hingga ibu long kata nak suruh sms pilih nama, undian nama yang terbanyak akan menang. Macam Mawi pulak! Akhirnya Ibu cadang letak nama Nur Alya dan Ayah pulak mahu nama arwah adik Nur Maisarah diletakkan pada hujung nama adik. Sekarang adik baru aku dah ada nama, Nur Alya Maisarah Binti Mohamad Haris. Kawan-kawan aku pun suka nama tu, dia orang bersorak bila aku sebut ‘Alya’, aku pun tak tahu kenapa....musykil ni.....

No comments: