Sunday, March 04, 2007

Selamat tinggal SMK Seksyen 7,Shah Alam

Ada perasaan gembira dan sedih apabila aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke SM Sains Hulu Selangor, di Ulu Yam. Sedih sebab terpaksa tinggalkan keluarga dan kawan-kawan rapat di SMK Seksyen 7. Gembira pun ada jugak sebab akhirnya aku dapat juga menjejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh. Pada mulanya aku memang tak mahu pergi, tapi setelah mendengar nasihat guru-guru dan ayah dan ibu, aku bersemangat la pulak..tapi sedih betul bila teringat kawan-kawan yang dah mula rapat dengan aku di SMK Seksyen 7... Tapi kata cikgu aku, aku kena berkorban untuk masa depan aku..Bila balik cuti aku akan menulis lagi. Aku akan cerita tentang sekolah baru aku. Boleh lah kita kongsi cerita bersama.Buat Afiq, jangan sedih, nanti cuti sekolah kita pergi tengok wayang dan jalan-jalan kat Jaya Jusco macam dulu. Aiman, jangan nakal-nakaal kat sekolah, nanti kena demerit!

No comments: