Wednesday, December 07, 2005

Winter in Shah Alam





Last Monday morning, my family and I went to Bukit Cahaya Seri Alam, near my house. We spent a few hours there. Adults have to pay RM3 while children below 12 only RM1. There, we took the bus ride to the Snow House. The entrance tickets to the Snow House are RM2 for adults and RM1 for children. I was eager to see the man-made snow since I don’t have the opportunity to play with the real snow. The temperature inside the house was –7ÂșC. It was very cold indeed. It was nice and I felt like it was really Winter. There were also snow man, penguins (Hey, I saw Pingu!), and snow bear to make the environment looks real. We also took a few photos there. Unfortunately, I cannot stand the cold weather. I was shivering and had to go out. Besides, cold weather always make me hungry! Before we went home, we took our lunch at the restaurant there. I ate chicken curry with sambal belacan. I can live without snow but not the sambal! Mmm…I’m a Malaysian.

Thursday, December 01, 2005

Malang tidak berbau


Hari Sabtu, 26 November yang lalu aku dikejutkan dengan berita kereta Waja Ayah telah dilanggar oleh kereta Honda di simpang berdekatan dengan rumah aku. Aku masih dibuai mimpi ketika ia berlaku tapi ibu dan adik boleh mendengar bunyi dentuman kereta dari rumah kami. Masa tu baru pukul 7.15 pagi. Ayah baru sahaja keluar untuk ke padang PKNS.Menurut ibu apabila terdengar bunyi kereta berlanggar, ibu berasa bimbang juga sebab ayah baru saja bertolak. Tambahan lagi ibu nampak jiran-jiran pergi melihat kemalangan itu. Simpang di rumah aku tu memang merupakan kawasan kemalangan. Setiap bulan pasti ada kemalangan kereta berlaku. Setengah jam kemudian, ayah tiba-tiba balik ke rumah dengan berjalan kaki. Ayah beritahu telah berlaku perlanggaran diantara kereta Porche dan Honda. Kereta Honda yang nak membelok ke simpang Seksyen 6, tak nampak kereta Porche yang dipandu laju. Kereta Honda itu berpusing dilanggar oleh Porche dan terlanggar kereta ayah yang sedang berhenti di simpang. Ayah tak sempat nak reverse sebab ia berlaku terlalu laju.Alhamdulillah , nasib baiklah ayah tak apa-apa, cuma bahagian depan kereta saja yang remuk (seperti dalam gambar) tapi ayah terkejut juga la...Itulah, baru saja ayah bercadang nak menukar Waja tu untuk memakai Perdana, sekarang ini pulak yang berlaku. Ibu kata kereta sensitive kalau kita bercakap tak baik mengenainya. Tak percayalah aku…Sekarang, ayah kena guna kereta Proton semula, sementara Waja berada di bengkel untuk dibaiki. Nanti merajuklak kereta Proton biru ayah tu!He,he.. Insya Allah bila Waja tu keluar bengkel, akan berwajah baru!Aku cadangkan cat Waja warna ‘apple green’, warna kegemaran aku! He,he. ..Tak payahlah ayah nak tukar-tukar kereta lagi…

Wednesday, November 30, 2005

Raya di rumah Ibu Long

Ahad lepas, aku dan family ke rumah ibu long di Taman Universiti untuk berhari raya. Sekali lagi aku dapat berkumpul ramai-ramai dengan sepupu dan kaum keluarga yang lain. Tapi kali ini Pak Ngah tak ada sebab masih lagi berkursus.Sambil makan, kami sempat menonton rakaman video yang dirakam oleh kak long Mizah semasa berkunjung ke rumah Pak Su Azwar di Johor Bahru. Dapatlah kami tengok bagaimana rupa rumah baru Pak Su & Cik Ida. Insya Allah satu hari nanti kami akan ke sana pulak. Selepas menonton video Pak Su, kami menonton rakaman video graduation day Asilah pulak. Kami bergelak ketawa melihat aksi Asilah dan kawan-kawannya ketika membuat persembahan. Tapi Asilah memang ada gaya & berbakat ketika menari! Di rumah Ibu long, aku dan Amirul seronok bermain dengan Boy. Boleh tahan jugak si Boy ni! Dan akhirnya ibu dapat juga merakamkan gambar kenangan cucu-cucu nenek. Cuma anak-anak Pak Su je yang tak ada dalam gambar. Eh, aku pun ada dalam gambar kali ni..he,he..

Sunday, November 20, 2005

Raya di rumah Pak Ngah

Hari ini aku dan family pergi beraya di Bandar Sri Damansara. Seronok dapat bermain dengan sepupu di sana. Yang tak seronoknya Ayah masih berpuasa enam, jadi kami sajalah yang makan.Mak Ngah menjamu kami makan tengahari.Nenek,Cik Mah,Cik Lan,Cik Imar,Cik Zairi pun datang sekali. Aku dan Amirul sempat bermain bola dengan Firdaus(tu yang cute sekali dalam gambar)Aku tak ada dalam gambar tu sebab aku tak suka bergambar!Amirul,adik aku yang besar sekali kat dalam gambar tu!He,he.
Ibu sempat meminjam kertas-kertas soalan UPSR daripada Kak Ngah untuk aku buat ulangkaji semasa cuti sekolah yang panjang ni.OK, nanti aku cerita pasal beraya di rumah Mak Long pulak.

Monday, November 14, 2005

Aidilfitri 2005/1426H

Tahun ni aku dan family balik berhari raya di kampung Tok & Wan di Felda Lubok Merbau, Kedah. Kami balik 2 hari sebelum hari raya.Walaupun perjalanan yang jauh di bulan Ramadhan aku tetap rasa seronok.Aku dan adik gembira dapat berjumpa Tok,Wan dan sepupu-sepupu yang lain.Kami juga seronok dapat bermain mercun dan bunga api yang Pakcik beli.Selepas solat hariraya, aku, adik dan sepupu yang lain berhari raya dari rumah ke rumah.Di samping dapat makan kuih raya, kami juga dapat mengumpul banyak duit raya!Itu yang paling seronok!He,he.
Aku juga sempat berhari raya di kampung Wan di Kuala Muda. Kami juga beraya di rumah Tok Su ayah di pertempatan mangsa-mangsa tsunami. Akhirnya kami terpaksa pulang semula ke Shah Alam kerana Ayah ada tugas yang menanti. Di Shah Alam suasana raya dah tak ada.Tak rasa seronok dah!Macamanapun, aku dan adik akan ke rumah terbuka makcik dan pakcik di KL pulak.Buat Nenek, Ibu Long, Pak Ngah, Cik Mah, Busu, Cik Mar, Cik Zairi dan Nek Da serta kawan-kawan semua, jemputlah datang ke rumah Ashraf yang sentiasa terbuka.
Ibu tak buat kuih raya tahun ni, tapi beli! London almond tetap jadi favourite aku.Ok lah semua, aku nak minta ampun & maaf sempena Hari Raya ni.

Thursday, October 06, 2005

Bulan Puasa


Baru 2 hari aku berpuasa. Walaupun raya masih jaauuuuh, Aku rasa dah x sabar nak Raya! Tapi puasa kali ni rasa mcm biasa je, tak lah teruk sangat. Pagi aku pergi sek. kebangsaan, ptg lak aku ke sekolah agama. Sebenarnya aku nak ponteng sekolah agama tapi memandangkan exam masih belum habis, ibu dan ayah aku x benarkan.
Dalam bulan puasa ni juga, setiap mlm aku, adik dan ayah pergi solat Tarawih di Masjid.Mlm pertama, aku rasa mcm nak patah kaki tapi sekarang dah ok dan seronok pulak.Biasalah, tiap-tiap tahun aku memang tak tinggal bertarawih. Ini lah salah satu keseronokan bulan Ramadhan!Banyak pahala berlipat ganda! Kalau berbuka puasa lagi best,ibu akan masak atau sediakan makanan kegemaran aku! Tapi yang PALING BEST, waktu sahur ibu mesti suap aku dan adik makan sahur! Aku rasa mesti kawan-kawan lain ibu dia orang x buat macam ni!Lepas sahur aku dan adik tidur balik dan bangun solat subuh pukul 6.40pagi dan siap-siap untuk pergi sekolah.

Thursday, September 22, 2005

Pertama Kali



Hi kawan-kawan, ini lah pertama kali aku buat blog. Kat sini aku akan tulis pasal diri aku dan kawan2 aku. Sebenarnya masa ni aku tengah buat ulangkaji untuk PKSR 4, tapi aku buang masa sekejap kat sini. Pada kawan-kawan semua, tulislah apa-apa je yang korang nak kat blog aku ni. Tapi jangan lak korang kutuk aku lebih-lebih!