Thursday, December 01, 2005

Malang tidak berbau


Hari Sabtu, 26 November yang lalu aku dikejutkan dengan berita kereta Waja Ayah telah dilanggar oleh kereta Honda di simpang berdekatan dengan rumah aku. Aku masih dibuai mimpi ketika ia berlaku tapi ibu dan adik boleh mendengar bunyi dentuman kereta dari rumah kami. Masa tu baru pukul 7.15 pagi. Ayah baru sahaja keluar untuk ke padang PKNS.Menurut ibu apabila terdengar bunyi kereta berlanggar, ibu berasa bimbang juga sebab ayah baru saja bertolak. Tambahan lagi ibu nampak jiran-jiran pergi melihat kemalangan itu. Simpang di rumah aku tu memang merupakan kawasan kemalangan. Setiap bulan pasti ada kemalangan kereta berlaku. Setengah jam kemudian, ayah tiba-tiba balik ke rumah dengan berjalan kaki. Ayah beritahu telah berlaku perlanggaran diantara kereta Porche dan Honda. Kereta Honda yang nak membelok ke simpang Seksyen 6, tak nampak kereta Porche yang dipandu laju. Kereta Honda itu berpusing dilanggar oleh Porche dan terlanggar kereta ayah yang sedang berhenti di simpang. Ayah tak sempat nak reverse sebab ia berlaku terlalu laju.Alhamdulillah , nasib baiklah ayah tak apa-apa, cuma bahagian depan kereta saja yang remuk (seperti dalam gambar) tapi ayah terkejut juga la...Itulah, baru saja ayah bercadang nak menukar Waja tu untuk memakai Perdana, sekarang ini pulak yang berlaku. Ibu kata kereta sensitive kalau kita bercakap tak baik mengenainya. Tak percayalah aku…Sekarang, ayah kena guna kereta Proton semula, sementara Waja berada di bengkel untuk dibaiki. Nanti merajuklak kereta Proton biru ayah tu!He,he.. Insya Allah bila Waja tu keluar bengkel, akan berwajah baru!Aku cadangkan cat Waja warna ‘apple green’, warna kegemaran aku! He,he. ..Tak payahlah ayah nak tukar-tukar kereta lagi…

1 comment:

Ashraf said...

Aunty Han, sebenarnya Ibu Ashraf banyak tolong Ashraf. Ashraf pun tengah banyak belajar untuk menulis karangan yang baik.Doa-doakanlah Ashraf dapat penulisan A!