Wednesday, November 30, 2005

Raya di rumah Ibu Long

Ahad lepas, aku dan family ke rumah ibu long di Taman Universiti untuk berhari raya. Sekali lagi aku dapat berkumpul ramai-ramai dengan sepupu dan kaum keluarga yang lain. Tapi kali ini Pak Ngah tak ada sebab masih lagi berkursus.Sambil makan, kami sempat menonton rakaman video yang dirakam oleh kak long Mizah semasa berkunjung ke rumah Pak Su Azwar di Johor Bahru. Dapatlah kami tengok bagaimana rupa rumah baru Pak Su & Cik Ida. Insya Allah satu hari nanti kami akan ke sana pulak. Selepas menonton video Pak Su, kami menonton rakaman video graduation day Asilah pulak. Kami bergelak ketawa melihat aksi Asilah dan kawan-kawannya ketika membuat persembahan. Tapi Asilah memang ada gaya & berbakat ketika menari! Di rumah Ibu long, aku dan Amirul seronok bermain dengan Boy. Boleh tahan jugak si Boy ni! Dan akhirnya ibu dapat juga merakamkan gambar kenangan cucu-cucu nenek. Cuma anak-anak Pak Su je yang tak ada dalam gambar. Eh, aku pun ada dalam gambar kali ni..he,he..

No comments: