Friday, December 07, 2007
SCHOOL HOLIDAYS
Holidays.....time for me to enjoy myself,to have fun! Most of the time I spend my time watching Animax on Astro, playing futsal and football with my friends or go bowling.I dont have many friends here. Most of the boys are either too young or too old! I missed my good friends at SEMASHUR and keep thinking of them.
Sunday, March 04, 2007
Selamat tinggal SMK Seksyen 7,Shah Alam
Ada perasaan gembira dan sedih apabila aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke SM Sains Hulu Selangor, di Ulu Yam. Sedih sebab terpaksa tinggalkan keluarga dan kawan-kawan rapat di SMK Seksyen 7. Gembira pun ada jugak sebab akhirnya aku dapat juga menjejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh. Pada mulanya aku memang tak mahu pergi, tapi setelah mendengar nasihat guru-guru dan ayah dan ibu, aku bersemangat la pulak..tapi sedih betul bila teringat kawan-kawan yang dah mula rapat dengan aku di SMK Seksyen 7... Tapi kata cikgu aku, aku kena berkorban untuk masa depan aku..Bila balik cuti aku akan menulis lagi. Aku akan cerita tentang sekolah baru aku. Boleh lah kita kongsi cerita bersama.Buat Afiq, jangan sedih, nanti cuti sekolah kita pergi tengok wayang dan jalan-jalan kat Jaya Jusco macam dulu. Aiman, jangan nakal-nakaal kat sekolah, nanti kena demerit!
Wednesday, November 22, 2006
CUTI SEKOLAH TIBA LAGI

Assalamualaikum semua,
Dah terlalu lama aku tak menulis di blog ini. Maklumlah aku sibuk dengan study dan aktiviti sekolah. Sekarang dah cuti sekolah barulah aku dapat menyambung kembali cerita tentang diri aku.
Sepanjang tahun ni aku kebih banyak tumpukan pada pelajaran. Maklumlah tahun ini aku ambil peperiksaan UPSR dan UPSRA. Alhamdulillah aku berjaya mendapat 5A dalam UPSR dan Jahid Jidan dalam UPSRA. Aku turut gembira apabila kawan-kawan rapatku yang lain seperti Aiman, Afiq, Anas, Anum, Nadira dan Amiratul juga mendapat 5A.
Terima kasih aku ucapkan pada ayah dan ibu yang telah banyak mendoakan kejayaanku. Pada ibu yang tidak putus-putus menderaku mengulangkaji pelajaran, tanpa jemu. Pada guru-guru yang mengajarku dan sentiasa memberi galakan. Dan tak lupa pada semua kawan yang telah membantuku sepanjang tahun ini. I love you all!
Friday, March 03, 2006
ADIK BARU

Pada 22 Februari 2006, aku akhirnya dapat adik perempuan yang dinanti-nantikan. Aku dan Amirul terlalu gembira kerana Ibu dan adik sihat. Adik dilahirkan pukul 11 pagi, waktu aku masih di sekolah. Petang itu kami ponteng sekolah agama kerana tak sabar-sabar nak berjumpa adik dan ibu di Selangor Medical Centre. Pada lewat petang, ibu long dan ayah long pulak datang melawat ibu dan adik. Lepas maghrib, Cik Mah, Cik Lan, Hana dan Nenek pulak sampai. Nenek gembira melihat cucunya yang ke 14. Semua orang gembira kerana adik di lahirkan sihat. Kawan-kawan ibu juga datang pada malam itu. Pagi esoknya, Tok dan Wan datang dari kampung untuk melihat cucu mereka dan untuk membantu ibu menjaga adik. Di sekolah, ramai guru yang kenal ibu mengucapkan tahniah kepada aku kerana dapat adik perempuan. Kawan-kawan sibuk nak tahu nama adik baru aku. Ibu dan Ayah masih tak tahu nak beri nama apa pada adik. Macam-macam nama yang dicadangkan hingga ibu long kata nak suruh sms pilih nama, undian nama yang terbanyak akan menang. Macam Mawi pulak! Akhirnya Ibu cadang letak nama Nur Alya dan Ayah pulak mahu nama arwah adik Nur Maisarah diletakkan pada hujung nama adik. Sekarang adik baru aku dah ada nama, Nur Alya Maisarah Binti Mohamad Haris. Kawan-kawan aku pun suka nama tu, dia orang bersorak bila aku sebut ‘Alya’, aku pun tak tahu kenapa....musykil ni.....
Sunday, February 19, 2006
I'm back!
Dah lama juga aku tak menulis di blog ni. Sibuk dengan sekolah dan macam-macam lagi. Tahun ni aku berada di Tahun 6. Tahun yang mencabar sebab ada exam UPSR. Susah nak cakap, keputusan ujian aku sekejap OK, ada masanya tak OK. Ibu dah selalu berleter kat aku.....
Sekarang ni aku sibuk dengan latihan olahraga MSSD. Setiap pagi dan petang ada latihan di padang sekolah hinggalah bulan March. Ustaz Nasir dan Cikgu Roslan menjadi jurulatih kami. Ibu sekali lagi tak berapa suka aku aktif sangat sebab nanti malam aku letih. Tapi aku OK, aku tetap buat kerja sekolah waktu malam walaupun penat. Aku tak macam Amirul yang cepat habis bateri, kalau dia dah penat, dia tidur je..tak kira kat mana pun.
Di sekolah agama pulak aku terpilih untuk mewakili sekolah untuk baca Khutbah! Jangan lah korang gelak. Dah ustaz pilih aku sebab markah aku tinggi, kira OK la tu…Aku sebenarnya teringin nak masuk Tilawah tapi dah ada wakil sekolah, jadi tak ada peluanglah…
Minggu lepas aku terlepas peluang untuk kursus naik pangkat Kadet Remaja Sekolah. Ibu tak benarkan aku ikut pergi camping 3 hari sebab nanti mengganggu pelajaran. Kata ibu nanti di sekolah menengah boleh sambung KRS lagi, sabar je….
Tapi bulan depan SKBA akan mengadakan perkhemahan untuk Pengawas dan K.darjah di Batang Kali. Aku dan Amirul dah booking tempat dengan Cikgu Rohaya untuk pergi. Kena bayar RM90 seorang. Amirul tak ada pengalaman pergi camping tapi ibu nak dia berdikari sedikit. Ibu dah pesan pada dia, tak boleh bawa handphone (yang dia dapat hadiah birthday hari tu), di sana tak ada water heater, banyak nyamuk dan makan apa yang ada je...Boleh ke si Amirul ni survive? He,he, tunggu dan lihat....
OK la, aku nak siapkan kerja sekolah. Banyak…..

Wednesday, December 07, 2005
Winter in Shah Alam

Last Monday morning, my family and I went to Bukit Cahaya Seri Alam, near my house. We spent a few hours there. Adults have to pay RM3 while children below 12 only RM1. There, we took the bus ride to the Snow House. The entrance tickets to the Snow House are RM2 for adults and RM1 for children. I was eager to see the man-made snow since I don’t have the opportunity to play with the real snow. The temperature inside the house was –7ºC. It was very cold indeed. It was nice and I felt like it was really Winter. There were also snow man, penguins (Hey, I saw Pingu!), and snow bear to make the environment looks real. We also took a few photos there. Unfortunately, I cannot stand the cold weather. I was shivering and had to go out. Besides, cold weather always make me hungry! Before we went home, we took our lunch at the restaurant there. I ate chicken curry with sambal belacan. I can live without snow but not the sambal! Mmm…I’m a Malaysian.
Thursday, December 01, 2005
Malang tidak berbau

Subscribe to:
Posts (Atom)